fbpx
Now Reading
Anggota Polis dan Tentera Akan Ditempatkan di Pasar Raya

Anggota Polis dan Tentera Akan Ditempatkan di Pasar Raya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasukan keselamatan yang terdiri dari pasukan Polis (PDRM), RELA , Angkatan Tentera (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dikerahkan untuk membantu pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di pasar raya seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri, langkah ini diambil bagi memastikan orang ramai yang berada di pasar raya mematuhi segala peraturan PKP yang ditetapkan selepas banyak aduan yang dilaporkan ekoran kuantiti mereka yag turun membeli terlalu ramai.

Credit: Shafwan Zaidon / MalayMail

“Nasihat untuk menyimpan satu meter dari satu sama lain tidak dipatuhi. Mereka terlalu ramai. Jadi, kita telah bersetuju bahawa polis dan tentera akan ditempatkan di pasar raya dan dibantu oleh pihak berkuasa tempatan.

“Mungkin mereka boleh membantu memastikan orang akan bergilir memasuki pasar raya,” katanya pada sidang media pada hari ini.

“Walaupun terdapat 90 peratus pematuhan, seperti yang dinyatakan oleh polis, 10 peratus melibatkan kira-kira tiga juta rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media harian pada Ahad.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang tentang kehadiran anggota tentera di kawasan awam memandangkan undang-undang sedang dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan bukan di bawah Akta Kecemasan atau Akta Majlis Keselamatan Negara .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.