fbpx
Now Reading
Covid-19 : Kematian Ke 9 Dicatatkan Membabitkan Seorang Doktor KKM

Covid-19 : Kematian Ke 9 Dicatatkan Membabitkan Seorang Doktor KKM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3151124728244727/?type=3&theater

Satu lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 9 orang.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Faceboonya

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini.

Perkara tersebut diumumkan KP Kesihatan menerusi Facebook miliknya

Menurut Hisham lagi, ini merupakan kematian pertama melibatkan pakar perubatan KKM namun difahamkan kes ini bukan dari kalangan barisan hadapan mahupun jangkitan dari rakan sekerja dan lebih kepada sejarah perjalanan mangsa.

“Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

“Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19.

“Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.
Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah” umum Hisham lagi di Facebooknya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.