
Kerajaan Akan Mengkaji Semula Kenaikan Harga Topeng Muka – Datuk Ismail Sabri
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula harga siling bagi topeng muka yang sebelum ini telah dinaikkan kepada RM2/ keping
Menteri Kanan, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata kerajaan merasakan harga RM2 terlalu tinggi berbanding harga asal, RM0.80. Tambah beliau lagi sebarang kenaikan harga tidak sepatutnya berlaku memandangkan kerajaan telah pun bersetuju untuk mengenepikan duti import bagi produk itu.
“Harga siling untuk topeng muka RM2 adalah terlalu tinggi jadi Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak bersetuju dan esok kita akan bermesyuarat supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melihat semula.

“Kita mahu ia diturunkan sehingga kepada paras yang ditetapkan peringkat awal, sepatutnya tiada isu kerana kerajaan sudah bersetuju hapuskan duti import untuk pembelian topeng muka,” katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad.
Terdahulu, KPDNHEP mengumumkan bahawa harga siling bagi topeng muka dinaikkan daripada 80 sen kepada RM2 sekeping, selain memberi kebenaran untuk mengmiport barangan itu memenuhi kekurangan dalam pasaran domestik.
Menterinya, Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata langkah itu bertujuan meningkatkan bekalan topeng muka di Malaysia.