fbpx
Now Reading
Covid-19 : Pengerusi Surau 70 Tahun Meninggal Dunia, Kini 11 Kematian Di Malaysia

Covid-19 : Pengerusi Surau 70 Tahun Meninggal Dunia, Kini 11 Kematian Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3153494088007791/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCZI0WmOzOMef85Wjwx-TLxPbnjH3UaDloqjp5MHSfUXVq-dPSp1n-6OL3xC2nWLdkGDhJ7b1vSYnaFaxAxMdmg4Ho-4DcAkBWKKN_cGPCvEy_-GKrGaIlQDG6TrTVeXVWTkt5bEGWZVapHOKTqKaSiuQu_ssmTY1gCoI08tcRzjywKEkHDPCwAq2bRpu3Y5v_rONMKbSJaBj6DhWeNNymUTE6eOQTaSnxfAdw_jv6f3gMTa9u2hGemvKGM5uykR9wrPVnmt8eljX7FujxGQvn9HkljFGQq3ExAMyrlWR-yVNoSrhjmhhWaZ820_sMubOVayhsDkA9s9nXsFWwQSUkgmg&__tn__=-R

Hari ini seorang lagi mangsa Covid-19 meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini adalah 11 orang.

Menerusi Facebook Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik status berkata, kes berkenaan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

Noor Hisham secara terperinci turut memaklumkan korban ke-11 merupakan kes positif ke-1,070 iaitu membabitkan warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC.

“Beliau (arwah) mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau adalah pengerusi surau kawasan setempat beliau.

“Beliau mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 18 Mac 2020.

“Beliau disahkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia 22 Mac 2020 jam 9.05 malam. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya di Facebook (FB).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.