fbpx
Now Reading
Covid-19: Satu Lagi Mangsa Meninggal dunia

Covid-19: Satu Lagi Mangsa Meninggal dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3156064971084036/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARC2iB2l5SYPb52QiL82j-zyFqveFspGc7chcXvZrROMzAJW3h11BpcwDHOvEzu2Icoc6vVv8PUL3jvla9Qg9t0hgKD3J7Ux1HGThadh4qtoZozoTTXgdsHFq7vdm6Le_QL9BIJZmyLBFCh3TfWdx67mhN7Bpb2t41QiSNYC4Kgte4A-_EBE4iYR1sexf1LdxGiikgDZFwa5UZv2f3CXGU8U2H3_06-Vu4ewkGyKgnPdjBnRmDiPf-nTQcAOnXtR9Ua84ZHu5LsO_LY5gDM_pYCQ0OlOF5UUNyK8SgAX8PE3pIuR1fkqE4JgZooUeL4i6MKxED8fiYUmB9IMFhel_BISrQ&__tn__=-R

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini melaporkan satu kes kematian wabak pandemik Covid-19 dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan di Facebook berkata pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 15 kes sehingga kini.

Katanya, kes kematian ke-15 adalah dari kes ke 1,519 iaitu lelaki tempatan berusia 71 tahun berasal dari Melaka.

“Dia disyaki mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19, kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Dia mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.35 pagi ini,” tulisnya .

KP Kesihatan itu turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.