fbpx
Now Reading
Covid-19 : Kematian Ke 20

Covid-19 : Kematian Ke 20

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3159316017425598/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARD6mIVpoUU_h5tyDTmhDvpNO1fGZuYhHidOs4A25j41NVUXMDUjvmDXtdTyBoVMRYuXf3bxWu9znXqBUZYUY_XF6UDKllJKswK4uP4Uff_vKvgxgYiRYiJ9VFwc4GIrrVPfrRfkU55xmLFOR0O--4XlLFAmrwviQBRcsWQW2GaP_uF-iPXyQl0Efn0aSYhthu7pLPd39SqaIbydS7JgcXTNWIWyS_6L5ht6FUGY-_HqMV_TPMEVCAf0qudPidZneTdGVr9h3CXk0DK4oBE6gOxdALbuYuMqVglfXbxL-EfrvXiSH_JXWtZ9-I1e5FmPkXi9o8E3mTFzQK0k-OzNqkZGJw&__tn__=-R

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) malam rabu melaporkan satu lagi kes kematian wabak pandemik Covid-19 dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan di Facebook berkata pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 20 kes sehingga kini.

Katanya, kes kematian 20 adalah dari kes ke 780 iaitu lelaki tempatan berusia  76 tahun

“Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020 ” tulis nya di Facebook.

KP Kesihatan itu turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Terdahulu, Dr Noor Hisham dalam satu sidang media di Putrajaya, pada petang rabu memaklumkan terdapat 172 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,796 kes.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.