fbpx
Now Reading
“Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April” – Perdana Menteri

“Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April” – Perdana Menteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April.

Beliau dalam sau perutusan khas berkata, pemaklumanan pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat akan lebih bersedia memandangkan mereka bakal menempuh satu lagi tempoh panjang untuk kekal dirumah.

“Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

“Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka sehingga sekarang.

“Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak mengurusnya,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.