fbpx
Now Reading
Covid-19: AS Tarik Balik Pengharaman Glove Getah Malaysia

Covid-19: AS Tarik Balik Pengharaman Glove Getah Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Amerika Syarikat pada Selasa (AS) telah menarik kembali pengharaman sarung tangan getah dari Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing di sana.

Ini kerana kebanyakan rakyat di sana mengambil langkah berjaga-jaga dengaan memilih untuk mengenakan sarung tangan getah dalam sewaktu keluar dari rumah menyebabkan kenaikan permintaan yang tinggi untuk barangan tersebut.

US Customs and Border Protection (CBP) dalam satu kenyataan mengumumkan penarikan kembali status larangan terhadap glove tangan buatan syarikat dari Malaysia iaitu WRP Asia Pacific.

Foto : FMT

“Larangan yang dikenakan terhadap WRP pada bulan September “telah dibatalkan berdasarkan maklumat yang diperoleh dari CBP yang menunjukkan syarikat itu kini tidak lagi mengeluarkan sarung tangan getah dengan menggunakan buruh-buruk paksa”, kata CBP menerusi kenyataan tersebut.

Tambah mereka semua sarung tangan getah yang hasilkan selepas 16 Mac 2020 akan dibenarkan masuk ke semua pintu masuk pelabuhan di US.

Terdahulu, Amerika Syarikat pada Oktober 2019 telah mengharamkan pengimportan barangan yang didakwanya telah dihasilkan menggunakan buruh paksa dari lima negara, termasuk Malaysia.

Bagi Malaysia barangan yang diharamkan adalah sarung tangan getah yang dihasilkan WRP Asia Pacific Sdn Bhd.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.