fbpx
Now Reading
Covid-19 : Korban Ke-24

Covid-19 : Korban Ke-24

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3163066940383839/?type=3&theater

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pada pagi Jumaat melaporkan satu lagi kes kematian wabak pandemik Covid-19 dalam negara.

Menerusi Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 24 kes sehingga kini.

Menurutnya Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. 

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

“Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020.

“Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

Noor Hisham turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.