fbpx
Now Reading
Covid-19: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson Disahkan Positif

Covid-19: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson Disahkan Positif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson hari ini mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19.

Menerusi Twitter Boris menyatakan yang dia sudah pun merasai simptom virus berkenaan sebelum disahkan positif

“Saya mengalami beberapa gejala antaranya suhu badan yang tinggi dan batuk yang berterusan.

“Atas nasihat pegawai perubatan, saya menjalani ujian dan disahkan positif,” jelas beliau menerusi video yang dikongsikan kepada umum.

Tambah Johnson, beliau akan terus bekerja namun akan menjalani kuarantin seperti yang sepatutnya.

“Saya akan terus bekerja dan memimpin kerajaan melalui persidangan video dalam usaha kita melawan virus ini,” ujar beliau.

Putera Charles, pewaris takhta British sebelum ini turut disahkan positif Foto:BBC

Terdahulu sebelum Boris, beberapa orang MP termasuk Menteri Kesihatan UK Nadine Dorries telah disahkan positif. Selain itu pewaris takhta British, Putera Charles turut disahkan positif 2 hari lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.