fbpx
Now Reading
Covid-19 : 61 Kes Pulih dan Satu Lagi Kematian Hari ini

Covid-19 : 61 Kes Pulih dan Satu Lagi Kematian Hari ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156873777766237

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat jam 5 petang, hari ini melaporkan satu lagi kes kematian berkaitan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan itu di Malaysia adalah sebanyak 27 kes.

Mengulas lebih lanjut, Noor Hisham berkata mangsa merupakan lelaki berusia 61 tahun (kes ke-2,162) dan difahamkan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi,” katanya lagi.

Dalam masa sama terdapat 61 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dengan menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih dan sembuh sebanyak 320 kes.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.