fbpx
Now Reading
Covid-19 : 7 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Covid-19 : 7 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pada petang Ahad melaporkan 7 lagi kes kematian wabak pandemik Covid-19 dalam negara, satu rekod tkematian tertinggi dalam sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 34 kes sehingga kini,

“Bilangan kes baharu positif Covid-19 sebanyak 152 dan keseluruhan kes 2,470.

“Ketika ini, 73 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 52 menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu ,Noor Hisham turut memaklumkan seramai 68 pesakit telah sembuh dan dibenarkan untuk keluar hospital, juga angka tertinggi dalam sehari.

“Paling tinggi setakat ini. Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj 388 orang,” katanya.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini.

#1 Kes kematian ke-28 (kes ke-2,321)

• Wanita tempatan berusia 91 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

• Wanita ini dirawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya pada 26 Mac dan meninggal dunia 28 Mac, 8.48 pagi.

#2 Kes kematian ke-29 (kes ke-2,123)

• Wanita tempatan berusia 64 tahun dengan latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi.

• Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, 10.15 malam.

#3 Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2,322)

• Lelaki tempatan berusia 76 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

• Dirawat di PPUM dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, 11.33 malam.

#4 Kes kematian ke-31 (kes ke-2,323)

• Lelaki tempatan berusia 27 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

• Dirawat di PPUM pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia 28 Mac, 7.44 malam.

#5 Kes kematian ke-32 (kes ke-1,239)

• Lelaki tempatan berusia 50 tahun dengan latar belakang penyakit darah tinggi.

• Lelaki ini adalah peserta perhimpunan tabligh di Seri Petaling, Kuala Lumpur.

• Dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac dan meninggal 28 Mac, 7.44 malam.

#6 Kes kematian ke-33 (kes ke-1,249)

• Lelaki tempatan berusia 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke India.

• Dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, 11.25 malam.

#7 Kes kematian ke-34 (kes ke-787)

• Lelaki tempatan berusia 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

• Dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan disahkan meninggal 29 Mac, 10.40 pagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.