fbpx
Now Reading
Covid-19 : Kematian ke 35, Seorang Warga KKM

Covid-19 : Kematian ke 35, Seorang Warga KKM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/497510250297117/photos/a.660555653992575/2811020578946061/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARB6xKtdtATqMiZbGTmI4QOZYCXKnHYJv324OTg7OAUpPdx9bd-heEojyMCA4leDLmNcFIX8rV8sQrVfpPZyJLHLUeppYO3zW-BTEgBx2YDPAVWTHic_Mzwwq8IVNipvypHrtfxeMTdYGVEZ3Z84ndCjhWHGSYSt8pbbOPo9WIS7syYfJsKcQx2Wu4kQb6EnR4clEaMW7H10A-sd-E7nL7y6u0F1VR7GTDlfVzFl963F_mcZBwIAV35A57AcaS-xsllKlqloynd68MZMbaBs4LaPINLtrXNN5KTSRVu38zdPf-If4D5r0GdFq3o_6YKEAYhJI5h0f-785KfkkvkABxQM8g&__tn__=-Rhttps://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3168948219795711/?type=3&theater

Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35 wabak Covid-19 apabila meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Perkata tersebut diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya.

Mengulas lebih lanjut, Adham Baba berkata Saziah Mohd Said, 57, yang juga Pembantu Tadbir di Bahagian Sumber Manusia KKM, meninggal dunia disekitar jam 4, petang tadi.

“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM,” tulis Dr Adham pada Facebook miliknya.

Menerusi FB, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut berkongsi perkara sama, menurutnya korban terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus maut ini adalah sebanyak 35 kes.

Menurutnya wanita itu, warga KKM yang merupakan kes ke-1952 mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Dia kemudianya dipindahkan sekali lagi ke Hospital Sungai Buloh. Difahamkan mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif pada 18 Mac.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac (hari ini), 4 petang,” katanya menerusi hantarannya di Facebook, malam Ahad

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.