fbpx
Now Reading
YDPA Agong & Permaisuri Tidak Ambil Emolumen Diraja Selama 6 Bulan

YDPA Agong & Permaisuri Tidak Ambil Emolumen Diraja Selama 6 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk tidak menerima Emolumen Diraja baginda berdua selama enam bulan.

Perkara tersebut diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Menurut Datuk Ahmad Fadil, keputusan tersebut dibuat oleh baginda berdua dalam meringankan beban kerajaan yang sedang menangani pandemik COVID-19 dan sudahpun dimaklumkan perkara ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Foto : Istana Negara

“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua ini turut mencerminkan keprihatian dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

“Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia semalam (Isnin, Mac 30), Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya di barisan hadapan, di atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik ini.

Foto : Istana Negara

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi Kerajaan berkait di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tatacara pengendalian COVID-19 di Malaysia,” katanya.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Baginda berdua dan terus berdoa memohon ihsan Allah S.W.T semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.

warganegara Malaysia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.