fbpx
Now Reading
Covid-19 : 108 Sembuh, 142 Kes Baru dan 2 Kematian Hari Ini

Covid-19 : 108 Sembuh, 142 Kes Baru dan 2 Kematian Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), hari ini melaporkan dua lagi kematian setakat 5 petang ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media harian berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 dalam negara ketika ini sebanyak 45 kes.

Bagi kes baru, Noor Hisham berkata setakat hari ini terdapat 142 kes tambahan menjadikan keseluhan kes positif terus meningkat kepada 2,908 kes keseluruhan dalam negara dengan 102 dari pesakit sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 66 menggunakan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 108 kes dilaporkan telah sembuh dan didiscaj , rekod tertinggi yang pernah dicatatkan setakat ini menjadikan keseluruhan pesakit yang telah sembuh meninggkat kepada 645 dalam negara.

“Hari ini, bilangan pesakit yang discaj tertinggi iaitu 108 orang.

“Ini menjadikan 645 pesakit atau 22.2 peratus telah sembuh dan discaj hospital setakat jam 12 tengah hari, hari ini,” katanya.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam nega

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

1) Kes kematian ke-44 (kes ke-193)

• Wanita warga Malaysia berumur 80 tahun serta mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

2) Kes kematian ke-45 (kes ke-1053)

• Lelaki warga Malaysia berumur 62 tahun serta mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

• Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-486).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.