fbpx
Now Reading
Covid-19 : WHO Jangka Kes Di Malaysia Memuncak Pertengahan April

Covid-19 : WHO Jangka Kes Di Malaysia Memuncak Pertengahan April

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) menjangkakan jumlah kes Covid-19 di Malaysia akan mencapai kemuncaknya pada pertengahan April ini.

Jangkaan ini dilakukan mereka berdasarkan perkembangan jangkitan wabak berkenaan di negara ini.

Memetik The Star yang memetik laporan Reuters, dari info yang mereka perolehi jumlah pesakit kritikal akibat Covid-19 dijangka akan mencatatkan peningkatan bermula pada minggu depan.

Pasukan keselamatan melakukan sekata jalan dalam memastikan rakyat mematuhi arahan PKP

“Berdasarkan data yang diperolehi WHO menjangkakan Malaysia akan menyaksikan peningkatan kes dengan kemuncaknya pada pertengahan April” kata Yung-Ru Lo, wakil pertubuhan WHO ke Malaysia Brunei dan Singapore dalam satu email kepada Reuters.

Setakat ini terdapat 102 pesakit positif Covid-19 yang sedang menjalani rawatan di ICU di seluruh Malaysia. Paras kematian dalam negara juga setakat ini adalah 45 orang.

Noor Hisham dalam satu kenyataan pada 28 Mac berkata KKM menjangkakan peningkatan kes pada pertengahan April

Terdahulu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan peningkatan mendadak kes positif pandemik COVID-19 pada pertengahan April ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.