fbpx
Now Reading
Covid-19 : 4 Kematian, 150 Kes Baharu dan 88 Orang Sembuh Hari Ini

Covid-19 : 4 Kematian, 150 Kes Baharu dan 88 Orang Sembuh Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pada petang Sabtu, 4 April melaporkan 4 lagi kes kematian wabak pandemik Covid-19 dalam negara

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah seramai 57 orang.

150 kes baharu turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan dalam negara kini berjumlah 3,483.

Dari kesemua kes seramai 99 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 50 menggunakan bantuan alat pernafasan.

Menurut beliau lagi, jumlah pesakit yang telah sembuh pada hari ini juga mencatatkan angka yang memberangsangkan iaitu 88 orang menjadikan keseluruhan pesakit yang sudah sembuh dan telah di discaj ialah 915 kes.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.