fbpx
Now Reading
“Pembayaran BPN Bermula Isnin Ini” – Menteri Kewangan
Menteri Kewangan

“Pembayaran BPN Bermula Isnin Ini” – Menteri Kewangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan yang pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat mulai isnin ini.

Memetik Harian Metro, pembayaran fasa pertama membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang berjumlah RM 5.63 bilion

“Sukacita saya memaklumkan bagi fasa pertama BPN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin).

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terbabit terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia memerlukan,” katanya .

Dari jumlah itu, RM 3.24 bilion bagi kepada golongan B40 (isi rumah dengan pendapatan bawah RM4,000) dan RM1.81 bilion kepada individu bujang dengan pendapatan bawah RM2,000

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan bantuan untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat Covid-19 Foto : MOF

Menurut Tengku Zafrul lagi,  kerajaan turut memperuntukkan RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).

Sebelum ini, diumumkan pemberian tunai secara one-off hanya akan bermula pada penghujung April.

Tonton video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.