fbpx
Now Reading
Covid-19 : 1 Kematian, 131 Kes Baharu dan 236 Sembuh

Covid-19 : 1 Kematian, 131 Kes Baharu dan 236 Sembuh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pada hari ini, April melaporkan satu lagi kematian baharu akibat Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 62 kes.

Menurutnya lagi pertambahan sebanyak 131 kes baharu turut dilaporkan kepada CPRC setakat petang ini.

“Ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 3,793 di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 102 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Berita baiknya pula, sebanyak 236 pesakit telahsembuh dan dibenarkan discajmenjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh menjadi 1,241 setakat ini.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini:


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.