fbpx
Now Reading
Menteri Kesihatan New Zealand Diturunkan Pangkat Sebab Langgar PKP

Menteri Kesihatan New Zealand Diturunkan Pangkat Sebab Langgar PKP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang pemimpin disaat negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19 adalah satu tugasan yang berat, antara tugasan yang paling sukar dilakukan adalah memastikan rakyat patuh kepad arahan dan larangan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebagai contoh, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini terpaksa merayu kepada rakyat Malaysia untuk terus tinggal di rumah, dan mematuhi PKP.

Namun lain pula situasinya di New Zealand, tidak sampai dua minggu menjalani PKP, Menteri Kesihatan, Dr. David Clark dilaporkan telah melanggar perintah berkurung selepas van miliknya dikesan di satu kawasan riadah untuk peminat jenis mountain bike berdekatan rumah nya di Dunedin, New Zealand

Van milik Clark yang ditemui orang awam di sebuah tempat riadah berhampiran rumahnya Foto : The Guardian

Lebih memeranjatkan Clark kemudian memberitahu bahawa dia juga ada membawa keluarganya bersiar ke pantai, Doctor’s Point Beach yang terletak lebih 20 KM dari rumahnya

Dia bagaimanapum telah membuat permohonan maaf pada minggu lalu dan difahamkan sudahpun menghantar surat peletakan jawatapan kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Pantai cantik yang dikunjungi Clark bersama keluarganya Foto : dunedinattractions

Ardern bagaimanapun memilih untuk mengekalkan jawatan Clark sebagai Menteri Kesihatan namun menggugurkan dalam kementeri kewangan dimana Clark adalah seorang dari ‘associate finance minister’

Dia juga dihukum dengan diturunkan pangkatnya ke tahap terendah dalam kabinet.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Perdana Menteri New Zealand berkata dia memilih untuk mengekalkan jawatan Clark sebagai Menteri Kesihatan susulan dari wabak Covid-19yang sedang mengganas.

“Jika dalam situasi biasa, saya pasti memecat menteri kesihatan kerana apa yang dilakukannya adalah salah.

Namun, keutamaan saya ketika ini adalah untuk memerangi wabak COVID-19. Kita tidak boleh biarkan berlaku sebarang kepincangan dalam sektor kesihatan susulan dari tindakan kita.

“Untuk alasan itu, Dr. Clark akan terus kekal memegang jawatan yang disandangnya

Tetapi, dia harusnya menanggung kesalahannya,” kata Ardern dalam satu kenyataan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.