fbpx
Now Reading
Penyanyi Indonesia, Glenn Fredly Meninggal Dunia

Penyanyi Indonesia, Glenn Fredly Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkhabaran duka diterima dari Indonesia dimana penyanyi terkenal mereka, Glenn Fredly dilaporkan baru sahaja meninggal dunia pada hari ini, Rabu, 8 April 2020, pada jam 6 petang waktu tempatan, 

Fredly yang popular di Malaysia menerusi lagu Januari menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun.

Memetik Awani, berita tersebut dimaklumkan sahabat baiknya penyanyi, Tompi.

“Telah berpulang (meninggal) saudara kami, Glenn Fredly malam ini.

“Mohon dimaafkan semua salahnya, dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.

Media di Indonesia melaporkan mendiang meninggal dunia sewaktu menjalani rawatan di Hospital Setia Mitra, Jakarta Selatan, akibat meningitis.

Glenn meninggalkan seorang balu, bintang dangdut, Ayu Mutia dan seorang anak yang baru sahaja dilahirkan pada Februari lalu.

Semoga keluarga Glenn Fredly tabah menghadapi ujian ini..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.