800 Gelandangan Akan Ditawar Kerja Selepas PKP Tamat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini kerajaan dilaporkan telah menyelamatkan hampir 800 golongan gelandangan dan menyediakan penempatan sementara buat mereka di beberapa dewan serbaguna di sekitar Kuala Lumpur bagi membendung penularan Covid-19.
Kini Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata golongan ini akan ditawarkan pekerjaan dalam sektor perkilangan atau pekerja am selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan dengan anggaran gaji dari RM 1200- 1400
Menerusi Facebook Live Kementerian Wilayah Persekutuan, Annuar berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Pusat Pengurusan Krisis (CMC) dimana beberapa syarikat berminat dan sedia menawarkan peluang pekerjaan buat golongan ini.
“Mereka tidak akan dilepaskan untuk bergelandangan lagi. Mereka akan jalani latihan, saringan dan kesesuaian.
“Mereka dijangka memulakan kerja pada 1 Mei namun bergantung kepada tempoh PKP sama ada dilanjutkan atau tamat,” katanya.