fbpx
Now Reading
“PKP Mungkin Lanjut Hingga Jun Kalau Rakyat Degil” – Ketua Polis Negara

“PKP Mungkin Lanjut Hingga Jun Kalau Rakyat Degil” – Ketua Polis Negara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador hari ini menegaskan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan dilanjutkan sehingga bulan Jun.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa portal mula melaporkan peningkatan jumlah orang yang keluar rumah sejak isnin.

Malah di media sosial hari ini viral video yang memperlihatkan kesesakan luar biasa di kawasan berhampiran IOI Mall Puchong sehingga memaksa Ketua Polis Daerah Serdang untuk turun meninjau lokasi berkenaan bagi mendapatkan faktor utama kesesakan yang dianggarkan lebih satu kilometer (km) itu.

“Sehubungan itu, hari ini saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan.

“Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP, ” katanya ketika dihubungi Harian Metro pada selasa petang.

Kesesakan yang luar biasa di hadapan IOI Mall puchong Foto : Media Sosial

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay  pada hari isnin turut berkata terdapat peningkatan golongan ingkar PKP yang bakal memasuki fasa ketiga dimana ramai dari mereka yang menggunakan alasan remeh untuk keluar dari rumah.

JPJ difahamkan akan menyertai PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara bagi menguatkuatkuasa PKP fasa tiga.

Foto : Malaymail

Terdahulu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media menegaskan bermula esok tiada lagi kompromi buat mereka yang ingkar PKP dimana mereka akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.