Now Reading
Covid-19: Tiada Kematian Dicatatkan Hari Ini

Covid-19: Tiada Kematian Dicatatkan Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita yang pasti membuatan ramai orang lega, apabila julung-julung kalinya pada gelombang kedua pandemik Covid-19, negara kita telah mencatatkan sifar kematian.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 89 kes.

“Sukacitanya tiada kes kematian direkodkan hari ini,” jelasnya

Dalam pada itu bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 36 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,425 kes keseluruhan dalam negara.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 98 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,295 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 60.74 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 2,041 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.