Now Reading
Penyampai Berita dan Ikon RTM, Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Penyampai Berita dan Ikon RTM, Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10163411646995298&set=a.10152597490725298&type=3&theater

Bekas penyampai berita dan juga ikon Radio Televisyen Malaysia RTM , Farid Ismeth Emir dilaporkan meninggal dunia hari ini di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor

Berita sedih tersebut dkongsikan anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” katanya.

Berita tersebut turut dikongsikan rakan sekerja yang juga bekas penyampai berita di RTM, Rozimah Mahyiddin.

Allahyarham yang merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu begitu dikenali dengan kata-kata pujangga setiap kali menutup laporan beritanya.

Takziah dari kami kepada keluarga dan sahabat arwah di atas pemergian ikon dunia penyiaran ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang beriman.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.