
Pengarah Tom & Jerry Meninggal Dunia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat mereka yang diahirkan di era 90an dan sebelumnya, antara animasi yang paling kerap ditonton pasti adalah Tom & Jerry, animasi filem pendek yang sudahpun mula bersiaran sejak tahun 40-an
Namun kami difahamkan seorang dari Pengarahnya Gene Deitch telah meninggal dunia di rumahnya di Prague, Republik Czech.
Berita sedih tersebut disahkan oleh penerbit siri berkenaan, Petr Himmel . Menurutnya Gene Deitch meninggal dunia secara mengejut namun punca sebenar kematian masih belum diketahui .

Mendiang mula menempa nama selepas memenangi Anugerah Akademi tebagi kategori Animasi Terbaik, Munro pada September 1960.
Selain menjadi pengarah untuk beberapa siri animasi“Tom and Jerry”, mendiang juga pernah mengarah beberapa siri “Popeye the Sailor”.

Sebagai menghargai sumbangannya dalam bidang animasi Gene Deitch pernah menerima Anugerah Winsor McCay pada tahun 2004.
Tom & Jerry and Popeye creator, Gene Deitch has sadly passed away at the age of 95. ❤️ pic.twitter.com/cG2PDuFyIR
— Pop Base (@PopBase) April 20, 2020
Rata-rata mereka yang membesar dengan cerita Deith meluahkan rasa sedih atas kehilangan besar tokoh animasi itu.