fbpx
Now Reading
Aktor Terkenal Bollywood, Irrfan Khan Meninggal Dunia

Aktor Terkenal Bollywood, Irrfan Khan Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

PELAKON terkenal India yang kerap membintangi filem Hollywood, Irrfan Khan dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Difahamkan Irrfan menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Sutapa Sikdar dan dua anaknya Babil dan Ayan selepas bertarung dengan komplikasi kesihatan disebabkan jangkitan kolon.

Dia yang juga pemenang aktor terbaik Anugerah Kebangsaan India sebelum ini telah didiagnos menghidap neuroendocrine tumor pada 2018 dan menjalani rawatan di United Kingdom.

Memetik Hmetro yang memetik Gulf News kematian pelakon itu telah disahkan jurucakap keluarga berkenaan

Irffan dalam satu babak di filem Jurassic World

Ini adalah hari yang begitu menyedihkan untuk memaklumkan pemergian beliau. Dia seorang pejuang hingga akhir hayatnya.

“Kami semua mendoakan dia akan tenang di sana,” kata jurucakap tersebut

Irrfan sewaktu memenangi anugerah di Asian Film Awards di Macau Foto: SCMP

Perkara ini turut dikongsikan sahabatnya yang juga pengarah Shoojit Sircar.

“Buat kawanku Irrfan, kamu sudah berjuang, berjuang dan terus berjuang. Saya sentiasa bangga dengan kamu dan semoga bertemu lagi,” kataya dalam media sosial.

Selain ratusan filem yang dibintangi di India, Irrfan turut membintangi filem box office di Hollywood antaranya diantaranya Life of Pi, Jurassic World, The Amazing Spiderman dan Slumdog Millionaire.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.