fbpx
Now Reading
Anak Zahid Hamidi, Nurul Hidayah & Suami Didenda RM800

Anak Zahid Hamidi, Nurul Hidayah & Suami Didenda RM800

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anak dan menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah dan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff  masing-masing dikenakan hukuman denda RM 800 selepas mengaku bersalah melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 20 April lalu.

Keputusan ini dilakukan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Nurul Hidayah, 41, dan Saiful Nizam, 49, bergerak dari Kajang menuju ke Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya iaitu dari satu kawasan berjangkit ke satu kawasan berjangkit di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Oleh itu mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11 peraturan yang sama.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nurashikin Mokhtar memohon agar kedua-dua tertuduh dikenakan denda maksimum RM1,000.

Bagaimanapun, peguam mereka Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili kedua-kedua tertuduh memberi alasan anak guamnya mendapat surat jemputan dari Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad.

Nurulhidayah selepas prosiding hanya mengucapkan terima kasih dan melambai kepada wartawan.

Pada 20 April lalu, Nurul Hidayah, memuat naik gambar di Instagram miliknya pertemuan dia dan suami bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing sehingga mengundang kritikan netizen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.