fbpx
Now Reading
Moratorium : Tiada Caj Tambahan Atas Sewa Beli Konvensional & Syariah

Moratorium : Tiada Caj Tambahan Atas Sewa Beli Konvensional & Syariah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan media hari ini mengumumkan tiada caj tambahan akan dikenakan kepada peminjam sewa beli konvensional dan syariah sepanjang tempoh moratorium pembiayaan.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas kementerian kewangan mencapai kata sepakat dengan wakil-wakil bank

Hasil dari persetujuan itu jumlah ansuran bulanan tidak berubah bagi kedua-dua jenis pembiayaan berkenaan.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

“Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing.

“Ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium berkenaan,” katanya.

Menerusi kenyataan Tengku Zafrul lagi, segala info dan maklumat lanjut boleh diperolehi dari bank masing-masing.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.