fbpx
Now Reading
Padah Menayang Guna Pas Barisan Hadapan Isteri Untuk Elak SJR, Lelaki Didenda RM1,000

Padah Menayang Guna Pas Barisan Hadapan Isteri Untuk Elak SJR, Lelaki Didenda RM1,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular screenshot status Facebook dan foto seorang lelaki yang telah menyalahgunakan pas barisan hadapan isterinya untuk melepasi sekatan jalan raya (SJR) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Susulan dari itu, lelaki ini dikecam hebat oleh netizen malah petugas barisan hadapan lainnya kerana tindakannya seolah menggunakan kelebihan yang dimiliki isterinya sebagai seorang frontliner untuk kepentingan diri sendiri

Terbaru lelaki tersebut, Mohd Shukri Salim, 34 didenda RM 1,000 oleh oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahannya itu.

Screenshot status dan foto yang dimuat naik Shukri di Facebook

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali turut memerintahkan Shukri untuk menjalani tambahan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Shukri dijatuhkan hukuman denda selepas mengaku bersalah bergerak dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Medan Putra, Alor Setar, Kedah sewaktu fasa ketiga PKP.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pengurus restoran makanan segera itu didakwa telah merentasi negeri dari Jalan Pasar, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menuju ke Domino’s Pizza Medan Putra, Alor Setar, Kedah, jam 11.30 pagi, pada 16 April lalu

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Antara foto yang turut tular di Facebook

Peguamnya , Shah Rizal Abdul Manan, memohon agar dia dijatuhi hukuman denda ringan dengan alasan sudah memberikan kerjasama ketika siasatan dan hadir ke mahkamah hari ini dari Pulau Pinang.

Bagaimanapun, rayuan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid, yang memohon hukuman setimpal maksimum terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor perbuatannya yang dilihat sengaja ingin melanggar PKP.

.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.