fbpx

Pendakwah Terkenal, Dato’ Ismail Kamus Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/perubatandarussalam/posts/3864088566965727

Pendakwah disegani tanah air Dato’ Ismail Kamus dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam tadi di rumah beliau di Ampang.

Beliau yang merupakan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, sebelum ini dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur kerana serangan jantung dan strok ringan, selain jangkitan kuman di paru-paru.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi Facebook rasmi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia

“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

“Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala,” tulis pusat perubatan berkenaan di Facebook.

Susulan dari itu laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri dengan ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih atas pemergian Allahyarham yang begitu disegani masyarakat dari kalangan rakyat biasa, pendakwah ,selebriti juga ahli politik.

Terdahulu pada petang rabu, berita pemergian Allahyarham tersebar di laman sosial namun telah disahkan palsu oleh keluarga terdekat arwah.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.