fbpx
Now Reading
Covid-19: KKM Kesan Kluster Baru Warga Asing di Setia Alam

Covid-19: KKM Kesan Kluster Baru Warga Asing di Setia Alam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baru membabitkan pekerja warga asing di Setia Alam, Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kluster terbaru ini dikesan pada 16 Mei 2020 membabitkan 12 pekerja warga Bangladesh yang bekerja di satu tapat pembinaan disana

“KKM menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta. Hospital berkenaan menjalankan saringan Covid-19 ke atas pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati tiga kes disahkan positif Covid-19 daripada lima pekerja yang disaring.

“Ketiga-tiga kes positif itu berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KKM kemudian menjalankan siasatan dan mula melakukan saringan pada kontrak rapat ketiga kes tersebut.

“Setakat 12 tengah hari ini, katanya, seramai 28 individu disaring dan daripada jumlah itu, 12 didapati positif Covid-19 manakala sembilan negatif dan tujuh masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan bagi kluster ini masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu Kluster Pedas terus mencatatkan peningkatan selepas 28 lagi pekerja disahkan positif. Ini menjadikan keseluruhan jumlah kes setakat 12 tenghari hari sabtu sebanyak 81 kes.

Dari keseluruhan mereka 33 adalah warga Nepal, Bangladesh (26), manakala Indonesia dan Myanmar masing-masing merekodkan 11 orang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.