fbpx
Now Reading
‘BPN Tidak Lulus Boleh Buat Rayuan Semula’ – PM

‘BPN Tidak Lulus Boleh Buat Rayuan Semula’ – PM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Berita gembira buat pemohon BPN yang tidak lulus dalam keputusan yang diumumkan LHD sebelum ini. Kerajaan bersetuju melanjutkan permohonan rayuan buat orang ramai bermula esok sehingga 31 Mei 2020.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri sewaktu Perutusan Khas Perdana Menteri di Putrajaya pada petang Ahad.

“Saya dengar ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab.

“Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap, permohonan ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan tetapi mereka sebenarnya sudah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan serta pemohon adalah pelajar yang menerima bantuan BPN bagi kategori bujang,” jelas Perdana Menteri.

“Mengambil kira semua perkara ini, YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.”

Rayuan menggunakan emel atau hadir ke LHDN

Menurut PM lagi, antara langkah yang boleh digunakan untuk membuat rayuan ialah dengan menghantar emel ke LHDN atau pemohon hadir sendiri ke kaunter LHDN yang pasti akan diumumkan oleh agensi berkenaan kelak.

“Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020.

“Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa 12 Mei 2020. Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana- mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan.

Meskipun tidak berjanji semua permohonan rayuan boleh diluluskan Muhyiddin berkata mereka yang memenuhi syarat akan dipertimbangkan

“Dengan kelulusan berkenaan, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang membabitkan bayaran berjumlah RM11 bilion,” katanya.

Sehari selepas mendengar keluhan rakyat, kerajaan bertindak menpemohon yang tidak lulus BPN

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.