fbpx
Now Reading
PKPB Di Lanjutkan 4 Minggu Lagi Sehingga 9 Jun 2020

PKPB Di Lanjutkan 4 Minggu Lagi Sehingga 9 Jun 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan mengambil keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) untuk 4 minggu lagi dari 13 Mei sehingga 9 Jun 2020

Pengumuman tersebut yang dilakukan sewaktu Perutusan Khas Khas Perdana Menteri di Putrajaya paada petang Ahad, difahamkan diambil memandangkan usaha-usaha untuk membendung wabak COVID 19 masih perlu diteruskan.

Menurut Muhyiddin, negara telah mencapai banyak perkembangan positif namun usaha ini masih belum berjaya sepenuhnya, langkah-langkah yang di ambil harus diteruskan sampai ke satu masa di mana kerajaan meyakini wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya

Malah menurut beliau rata-rata rakyat sendiri bersetuju mahukan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan PKPB.

3 Perayaan besar dalam PKPB

Dengan keputusan ini, bermakna rakyat Malaysia akan menyambut 3 perayaan dalam tempoh PKPB iaitu, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Terdahulu pada 4 Mei lalu, kerajaan telah memperkenalkan PKPB menggantikan PKP sebagai usaha membenarkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.