
Kembali Ke PKP Jika Rakyat Terus Ingkar PKPB – Ismail Sabri
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini pada browser anda
Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan kembalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya terdapat ramai rakyat Malaysia yang kekal ingkar kepada arahan dan pelaksanaan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Perkara itu dikongsikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media harian semalam di Putrajaya
Tambahnya lagi kerajaan juga sudah berkeputusan yang fasa ‘nasihat dan amaran’ sudah berakhir.

Ini bermakna mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Perkara ini mungkin dibangkitkan berikutan laporan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan terdapat banyak kes ketidakpatuhan pada peraturan dan SOP PKPB hasil dari pemeriksaan yang dilakukan di seluruh negara.
PKPB boleh ditamatkan dan kembali kepada PKP sekiranya rakyat ingkar kepada peraturan yang ditetapkan ketika ini – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 12, 2020
Tegas beliau lagi, mereka yang terbukti bersalah melanggar peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu YAB Perdana Menteri dalam satu Perutusan Khas di Putrajaya mengumumkan PKPB akan dilanjutkan lagi empat minggu sehingga 9 Jun 2020
PKPB tidak kekal, boleh diperketatkan semula tertakluk kepada kepatuhan rakyat – Ismail Sabri#PerintahKawalanPergerakan#dudukrumah#stayathome#PrihatinRakyat#NoOneLeftBehind#Covid19#kitateguhkitamenang
Posted by BERNAMA on Tuesday, May 12, 2020