fbpx
Now Reading
Usir PATI, Kerajaan Cadang Tawar Gaji RM2,400 Sebulan Buat Belia Kerja di Pasar Borong KL

Usir PATI, Kerajaan Cadang Tawar Gaji RM2,400 Sebulan Buat Belia Kerja di Pasar Borong KL

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini pada browser anda


Kerajaan menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan bantuan PDRM, ATM dan APM, baru-baru ini telah menggempur ratusan PATI di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Serbuan mengejut yang dilakukan di sekitar jam 8 pagi , 11 Mei itu berhasil menangkap sejumlah 1,368 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di pasar borong berkenaan secara tidak sah.

Susulan dari itu , para peniaga dan pemborong di sana kini memerlukan ribuan pekerja tempatan bagi membantu mereka untuk kembali beroperasi seperti biasa.

Foto Sinar Harian

Menyedari permasalah ini, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang menawarkan peluang pekerjaan di Pasar Borong Kuala Lumpur kepada golongan belia menganggur dengan gaji sebanyak RM2,400 sebulan. 

Menerusi Facebook, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya sedang berunding agar gaji untuk belia yang memilih untuk bekerja di sana dapat dinaikkan sehingga RM 2,400 sebulan.

“Kami sedang memikirkan untuk membawa belia kita untuk bekerja dengan kaedah baharu, dalam suasana lebih baik dengan keperluan tempat tinggal dan pengangkutan akan diatur, terutamanya apabila pasar borong moden siap diubah suai. 

“Jika sebelum ini warga gelandangan ditawar gaji sekitar RM1,400 hingga RM1,600 dalam sektor perkilangan, saya berunding (untuk gaji) sehingga RM2,400 kepada mereka yang mahu bekerja di pasar borong

Gelandangan yang kini sudah mula bekerja hasil inisiatif KWP Foto : WK

“Sebelum ini, kami telah berjaya mendapatkan peluang pekerjaan kepada warga gelandangan dan kali ini ramai golongan muda hilang pekerjaan dan menganggur akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka kini kami tampil untuk membantu mereka pula,” katanya menerusi Facebook

Dalam masa KWP sedang merancang untuk menawarkan skim ‘sewa dan beli’ kepada golongan muda B40 berusia 35 tahun ke bawah untuk memiliki rumah pertama mereka. 

“Sebanyak 1,000 unit rumah tiga bilik akan ditawarkan sewa bulanan sekitar RM800 hingga RM850 kepada mereka sementara menunggu siapnya pembinaan rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah. 

“Mereka boleh sewa untuk tempoh beberapa tahun, selepas itu bila kami siapkan rumah mampu milik itu, mereka boleh beli rumah itu dan sebahagian daripada sewa akan dikembalikan kepada mereka sebagai rebat untuk kegunaan deposit,” katanya. 

Teruk ke minit 16:00 untuk kenyataan tersebut :

LIVE oleh Menteri Wilayah Persekutuanmerangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan NegeriWilayah PersekutuanRabu, 13 Mei 2020FB : https://www.facebook.com/AnnuarMusaFB (Mandarin) : https://www.facebook.com/TSAnnuarMusa/FB (Tamil) : https://www.facebook.com/TanSriAnnuarMusaTamil/FB Wilayahku : https://www.facebook.com/wilayahku.com.myFB KWP : https://www.facebook.com/KemWPIG : https://www.instagram.com/annuar.musa56TWITTER : https://twitter.com/annuarmusaPERTIWI WHATSAPP HELPLINE : 0136806666 / 0136887777#SilaLIKE#SilaFOLLOW#SilaSHARE#KWP#Wilayahku#WilayahCakna#OPT#OreParlimeTerre#PerangiCOVID19#StayAtHome#PrihatinRakyat#JagaJarakAnda#JarakSosial1meter#KitaJagaKita#JanganJalanJalan#JanganLepakLepak#JanganBalikKampung#JanganNakCutiCutiMalaysia#JanganBerkumpul#DudukRumahDiamDiam#LuangkanMasaDenganKeluarga#KekalTenang#WilayahPersekutuanTenang#PerintahKawalanPergerakan#HapusCOVID19#KitaMestiMenang#MenteriWilayahPersekutuan#SetiausahaAgongBN#TSAMmedia

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Tuesday, May 12, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.