fbpx
Now Reading
Covid-19 Mungkin Jadi Endemik & Tak Akan Hilang, WHO Minta Penduduk Dunia Terima Kenyataan

Covid-19 Mungkin Jadi Endemik & Tak Akan Hilang, WHO Minta Penduduk Dunia Terima Kenyataan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada petang Rabu mengeluarkan amaran yang virus COVID-19 tidak akan dihapuskan sepenuhnya. Sebaliknya menurut mereka penduduk dunia perlu menerima kenyataan tersebut dan belajar hidup dengannya.

Perkara ini diumumkan WHO ketika beberapa negara antaranya Malaysia mula beransur-ansur melonggarkan arahan berkurung yang sebelum ini dilaksanakan bagi menghentikan penyebaran virus maut ini.

“Kami mempunyai virus baharu yang menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya

Mungkin jadi virus endemik

“Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan virus ini mungkin tidak akan pernah hilang.

“Seperti jangkitan HIV tidak hilang – tetapi kita telah mengatasi virus ini,” katanya dalam satu sidang media maya di Geneva.

Lebih daripada separuh penduduk dunia terpaksa mengikut perintah berkurung sejak krisis kesihatan ini bermula lebih enam bulan lalu,” jelas Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.

Tidak ada jaminan tiada gelombang kedua

Dalam pada itu Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus turut memberi amaran bahawa tidak ada jaminan tidak terjadinya gelombang jangkitan kedua terutama buat negara yang melonggarkan sekatan tersebut.

“Banyak negara ingin keluar (daripada pandemik COVID-19) dengan cara yang berbeza.

Foto : Medscape

“Jadinya, kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahan tertinggi,” kata Tedros.

Covid-19 setakat ini sudah menjangkiti lebih dari 4 juta orang dan telah mengorbankan lebih 300,000 nyawa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.