fbpx
Now Reading
Harga Tak Relevan, KPDNHEP Serbu Hospital Swasta Jual ‘Face Mask’ RM11.20 Sekeping

Harga Tak Relevan, KPDNHEP Serbu Hospital Swasta Jual ‘Face Mask’ RM11.20 Sekeping

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai sebuah hospital swasta yang didakwa mengenakan caj sebanyak RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut tiga lapisan ( face mask 3-ply) ke atas seorang pesakitnya.

Harga tersebut bukan sahaja melebihi harga maksimum yang ditetapkan KPDNHEP malah berlipatganda dari harga siling yang dibenarkan iaitu RM 11.20 sekeping berbading harga siling RM1.50 sekeping

Senarai harga runcit face mask ( atas)

Terbaru KPDNHEP menerusi Pengarahnya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman memaklumkan sedang menjalankan siasatatan keatas hospital tersebut susulan dari diterima aduan orang awam

“Harga itu terlalu tinggi iaitu bersamaan RM11.20 sekeping berbanding harga maksimum yang ditetapkan sebanyak RM1.50 sekeping,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Penutup hidung dan mulut serta dokumen transaksi disita

Menurut beliau beberapa dokumen berkaitan transaksi dan juga penutup hidung dan mulut telah disita daripada hospital swasta berkenaan bagi tujuan siasatan.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi kesalahan di bawah Seksyen 11 iaitu menjual atau menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal (penutup hidung dan mulut tiga lapisan) melebihi harga maksimum.

Dalam pada itu beliau memohon orang ramai untuk agar orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 di Enforcement Command Centre (ECC) atau e-mel ke http://e-aduan.kpdnhep.gov.my.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.