fbpx
Now Reading
PDRM Tawar 50% Diskaun Bayar Saman Secara Online

PDRM Tawar 50% Diskaun Bayar Saman Secara Online

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/3219713091372309

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan memberi penawaran diskaun sehingga 50% bagi bayaran saman terpilih yang dilakukan secara dalam talian, selama empat hari bermula dari 18 hingga 21 Mei ini.

Difahamkan pembayaran saman secara online itu perlu dibuat menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata penawaran diskaun ini diberikan memandangkan mereka ditawarkan kmemahami kekangan kewangan dihadapi orang ramai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain persediaan menyambut Aidilfitri.

“Bagi meringankan bebanan ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun hingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Dalam pada itu kaunter perkhidmatan trafik juga akan mula dibuka secara berperingkat bermula 18 Mei ini bagi memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman serta lain-lain hal berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

“Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rujuk waktu dan hari pembukaan kaunter mengikut negeri di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.