fbpx
Now Reading
“Polis Akan Buru Individu Rentas Negeri Tanpa Permit” – KPN

“Polis Akan Buru Individu Rentas Negeri Tanpa Permit” – KPN

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi amaran pihaknya akan memburu dan mungkin akan ‘bertandang’ ke rumah individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti.

Menurut beliau, pasukan keselamatan yang terdiri dari PDRM dan ATM memandang berat larangan merentas negeri khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

“Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

Antara SJR yang diadakan di satu plaza tol Foto : Malaymail / Sayuti Zainudin

“Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara,” katanya kepada portal BH petang semalam.

Tambah beliau lagi, pihak polis juga memiliki rekod butiran individu yang sudah diberikan permit untuk pergerakan antara negeri.

“Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri,” katanya.

Terdahulu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan  mereka yang sebelum ini sudah ‘terlepas’ dan tiba di kampung ke kampung halaman tidak semestinya ‘terlepas’ sewaktu berpatah balik ke rumah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.