fbpx
Now Reading
Covid-19: Caj Kuarantin Hotel Mulai 1 Jun

Covid-19: Caj Kuarantin Hotel Mulai 1 Jun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan mana-mana individu yang memasuki pintu masuk negara akan dikenakan caj kuarantin hotel bermula 1 Jun ini.

Caj 100% untuk bukan warganegara dan 50% untuk rakyat Malaysia

Menurutnya caj berkenaan akan terbahagi kepada dua dimana, caj 100 peratus daripada kadar bayaran hotel dikenakan kepada bukan warganegara manakala caj sebanyak 50 peratus bagi warganegara.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020.

Antara hotel yang digunakan kerajaan sebagai pusat kuarantin Foto : Twitter

“Bagi warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara dan dikuarantin wajib, mereka diminta membayar sebanyak 50 peratus daripada kadar penuh bayaran hotel iaitu separuh daripada (contohnya) RM150, bermaksud separuh ditanggung kerajaan, separuh ditanggung individu terbabit.

“Bagi bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos caj kuarantin hotel,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya petang rabu.

Surat kelulusan dijadikan syarat sebelum pulang

Tambah beliau lagi bagi melancarkan urusan caj tersebut MKN kini mewajibkan mereka yang ingin pulang ke Malaysia untuk menandatangani surat setuju pembayaran terbabit di pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara.

Selesai proses tersebut pejabat Kedutaan Malaysia akan mengeluarkan surat kelulusan untuk membenarkan individu terbabit pulang ke negara ini.

“Jabatan Imigresen Malaysia akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan untuk memastikan surat kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.