fbpx
Now Reading
PKPB : “Rentas Negeri Kini Tidak Lagi Dibenarkan” – Ismail Sabri

PKPB : “Rentas Negeri Kini Tidak Lagi Dibenarkan” – Ismail Sabri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami


Kerajaan hari ini telah menarik kembali kelonggaran yang diberikan terhadap orang ramai yang layak untuk melalukan pergerakan rentas negeri.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memamklumkan perkara tersebut sewaktu sidang media harian di Putrajaya petang tadi.

Menurutnya kerajaan sebulat suara untuk tidak lagi membuka peluang tersebut kepada orang ramai justeru orang ramai tidak perlu lagi hadir ke mana-mana balai polis untuk membuat permohonan memandangkan tiada lagi pengecualian

“Mulai hari ini juga, kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika cuba rentas negeri akan dikompaun.

“Kita semua sedia maklum, semalam seorang perempuan positif Covid-19 akibat daripada rentas negeri.

“Oleh itu, sudah tidak ada kompromi dan tidak ada tolak ansur mengenai rentas negeri,” katanya ketika sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.

Semalam sahaja menurutnya terdapat sejumlah 2,412 kenderaan yang diarahkan berpatah balik kerana cuba rentas negeri untuk pulang ke kampung semalam.

Tambahnya masih ramai orang yang seolah tidak ‘faham bahasa’ dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan sebelum ini sehingga berlaku kesesakan di balai polis oleh mereka yang ingin memohon merentas negeri.

“Kita sudah nasihat, sudah beri peringatan supaya tidak melakukan rentas negeri pada perayaan Aidilfitri ini tetapi masih ada yang cuba berbuat demikian.

“Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri.

“Kita sudah putuskan tiada lagi rentas negeri dan polis tidak akan memberi kebenaran lagi…tak payah lagi beratur panjang-panjang,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.