fbpx
Now Reading
‘Jika Bermalam, Di Kira Langgar SOP Raya’ – Ismail Sabri

‘Jika Bermalam, Di Kira Langgar SOP Raya’ – Ismail Sabri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Singgah bermalam sewaktu aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri, adalah dikira melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau lagi jika diikutkan SOP, aktiviti ziarah-menziarahi juga hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama sahaja.

“Kalau kita raya 24 haribulan, kalau dia tidur di situ, lebih pukul 12.01 (tengah malam) dah jadi 25 haribulan, dan dia nak beraya lagi esok tu, jadi salah dari segi SOP,” katanya sewaktu sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu kerajaan sebelum ini memutuskan supaya aktiviti ziarah sempena tiga perayaan yang kebetulan disambut sewaktu pelaksaanan Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat iatu Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai, tahun ini, dihadkan kepada hari pertama perayaan.

Selain dari itu SOP berkenaan turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung dengan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang bergantung kepada jenis dan keluasan rumah

Ianya dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.