fbpx
Now Reading
PM Tan Sri Muhyiddin Jalani Kuarantin 14 Hari Selepas Pegawai Positif Covid-19

PM Tan Sri Muhyiddin Jalani Kuarantin 14 Hari Selepas Pegawai Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan menjalani kuarantin di rumahnya selama 14 hari bermula pada hari ini.

Difahakan ini berikutan seorang pegawai kerajaan yang hadir pada satu mesyuarat pasca-kabinet di Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah disahkan positif Covid-19 semalam.

PMO dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan, Muhyiddin sudah menjalani ujian saringan dan didapati negatif.

“Menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” katanya.

Menerusi kenyataan lagi semua pengawai yang menghadiri mesyuarat berkenaan diarahkan menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

“Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

“Sebagai makluman, setiap mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.