fbpx
Now Reading
Penumpang Terselamat Kongsikan Pengalaman Sewaktu Pesawat Terhempas Di Pakistan

Penumpang Terselamat Kongsikan Pengalaman Sewaktu Pesawat Terhempas Di Pakistan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di saat masyarakat dunia sedang berdepan dengan wabak Covid-19, semalam orang ramai dikejutkan dengan insiden sebuah kapal terbang penumpang yang terhempas ke atas sebuah penempatan di Karachi, Pakistan.

Pesawat Pakistan International Airlines (PIA) yang terbang dari Lahore ke Karichi itu dilaporkan mengalami kerosakan enjin sewaktu hendak mendarat .

Perkara tersebut dimaklumkan juruterbang kepada menara Kawalan Lalu Lintas Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi yang kemudiannya membenarkan pesawat membuat pendaratan kecemasan.

Kejadian tersebut mengakibatkan 97 orang maut, manakala dua lagi dari mereka terselamat.

Cuba melakukan dua pendaratan namun gagal

Seorang dari mangsa yang terselamat,  Muhammad Zubair,  telah menceritakan keadaan di dalam kabin sebelum pesawat PK8303 milik PIA tersebut jatuh terhempas.

Menurutnya pesawat berkenaan dua kali cuba melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi tersebut namun gagal sebelum mereka terhempas.

“Tiada siapa pun yang tahu yang pesawat tersebut akan terhempas ; juruterbang memandu pesawat tersebut dengan begitu lancar”

Namun menurutnya semua mula mejerit dan berteriak selepas pesawat menjauhi landasan.

” Di dalam pesawat terdapat kanak-kanak, lelaki dan wanita berumur. Mereka menjerit dan berteriak selepas kapal menjauhi landasan dan mula berdoa.

Hanya dengar suara teriakan orang ramai

Sejurus terhempas dia terus pengsan dan apabila membuka mata dia hanya mendengar teriakan orang ramai dan api yang sedang marak di dalam pesawat.

“Saya tak nampak sesiapa, hanya dengan teriakan jeritan dari semua arah dan api yang marak

“Saya duduk di kerus 8F, dalam keadaan pesawat terbakar , saya membuka tali pinggang keledar dan ternampak cahaya.

“Saya ikut arah cahaya dan dari situ saya berjaya keluar dari pesawat dan melompat dari ketinggian 10 kaki (3 meter) ” kata Zubair .

Selain Zubair, seorang lagi mangsa yang terselamat adalah tokoh perbankan di Pakistan, Zafaar Mason, Presiden dan juga CEO Bank of Punjab yang duduk di kerusi 1C pesawat berkenaan.

Seorang bayi turut terselamat

Terdapat juga laporan yang mengatakan seorang bayi perempuan turut terselamat selepas berjaya di temui di bawah timbunan pesawat. Namun tiada maklumat lanjut yang dilaporkan mengenai bayi tersebut oleh media disana setakat ini .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.