Mayat Terakhir 3 Beradik Lemas Akhirnya Ditemui
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Susulan daripada tragedi tiga beradik lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, pasukan penyelamat akhirnya berjaya menemui mayat terakhir iaitu , Khalif Naim, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang.
Mayat Khalif yang dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas ditemui pada jarak 50 meter dari dua abangnya iaitu Umar Iskandar Mohd, 21, Khairil Firdaus, 17.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Md Hilman Abdul Rashid berkata, misi menyelamat yang di sertai beberapa agensi kerajaan yang bermula dari 6 petang Rabu itu mengambil masa selama 18 jam untuk menemui ketiga-tiga mangsa
“Operasi yang disertai seramai 85 anggota membabitkan polis, bomba, APM, Unit Pengesan Anjing (K9) dan Rela mengambil masa selama 18 jam sebelum kesemua mangsa ditemui.
“Semua mangsa ditemui pada jarak antara 50 meter antara satu sama lain,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Tambahnya penemuan mangsa adalah hasil bantuan unit pengesan anjing (K9) sebelum Pasukan Penyelamat Di Air melakukan selaman.
Terdahulu mayat pertama iaitu abang mereka Umar Iskandar Mohd, 21 ditemui pada jam 9.50 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebelum pasukan SAR menemui mayat kedua iaitu Khairil Firdaus, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang pada jam 11.36 pagi
Tiga beradik ini dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Terengganu, yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka, semalam pada sekitar jam 6 petang.