fbpx
Now Reading
Rentas Negeri: Padah Tukar Tarikh Dokumen, Penjawat Awam Didenda RM1800

Rentas Negeri: Padah Tukar Tarikh Dokumen, Penjawat Awam Didenda RM1800

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana tinggal lebih masa di kampung bagi menyambut Aidilitri, seorang penjawat awam akhirnya didenda RM 1800 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar, kerana memalsukan dokumen kebenaran merentas negeri.

Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor menjatuhkan hukuman berkenaan selepas Mohd Norhisham Ismail, 41, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Memetik Awani, terduduh, Mohd Norhisham Ismail pada mulanya dibenarkan pulang kekampungnya di Pendang, Kedah untuk menghantar ubat bapanya namun pulang ke Putrajaya pada 17 Mei.

Dia bagaimanppun tidak berbuat demikian sebaliknya melanjutkan tempohnya di sana dan kemudian menukat tarikh surat tersebut kepada 26 Mei.

Pergi mohon di Balai untuk pulang ke Putrajaya

Dia kemudiannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk mendapatkan surat kebenaran rentas negeri bagi perjalan kembali ke Putrajaya

Polis bagaimanapun mengesyaki sesuatu yang mencurigakan pada surat kebenaran dan hasil siasatan mendapati surat berkenaan telah dipalsukan.

Susulan dari individu terbabit bersama keluarganya kemudiannya tidak dibenarkan kembali ke Putrajaya sehingga siasatan kes selesai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.