fbpx
Now Reading
Shah Hazvee Mengaku Tidak Bersalah Pikat Isteri Orang

Shah Hazvee Mengaku Tidak Bersalah Pikat Isteri Orang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon baharu, Shah Hazvee atau nama betulnya Muhammad Shah Radhi Hazvee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan Isnin lalu.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Monalisa itu didakwa memikat seorang wanita berusia 36 tahun yang juga isteri orang supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya. 

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Taman Sering, Ukay jam 8 malam Isnin lalu dan didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda

Prosiding kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Sangitaa meminta mahkamah untuk menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin namun peguam belanya Harcharanjit Singh,memohon jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin. 

“Jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah. Anak guam saya seorang artis dan ramai media di luar membuat liputan kes ini, jadi tiada sebab dia mahu melarikan diri,” kata Harcharanjit. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Ogos untuk sebutan kes.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.