fbpx
Now Reading
“Esok Mesyuarat Dengan Kementerian Pendidikan Untuk Tarikh Buka Sekolah” – Dr Noor Hisham

“Esok Mesyuarat Dengan Kementerian Pendidikan Untuk Tarikh Buka Sekolah” – Dr Noor Hisham

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya tarikh mula persekolahan selepas hampir dua bulan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bakal diketahui dalam masa terdekat.

Perkara berkenaan dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian kesihatan petang isnin.

Menurut Dr Noor Hisham, beliau dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan satu mesyuarat bersama Kemententerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memperhalusi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pada esok hari.

Justeru beliau menjangkakan yang tarikh mula sekolah bakal diketahui usai mesyuarat tersebut.

PKPB yang akan digantikan dengan PKPP iaitu fasa pemulihan bermula 10 jun menandakan tanda pembukaan banyak lagi sektor penting seperti sektor sukan, perniagaan dan pelajaran.

Menurut KP Kesihatan ibu bapa diberi masa 2 minggu untuk membuat persiapan anak kembali ke sekolah

“Esok kita akan adakan mesyuarat dengan KPM untuk bincang tarikh sesuai (pembukaan sekolah), kalau kita dapat tetapkan esok (tarikh), ibu bapa diberi masa dua minggu untuk membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Dia turut memberi bayangan bahawa pelajar Tingkatan 5 dan 6 akan memulakan sesi persekolahan terlebih berbanding pelajar lain seperti perbincagan awal di antara kementerian berkenaan

“Mungkin kita akan mula dengan Tingkatan 5 dan 6 sebelum kita buka untuk semua pelajar lain.

“Ini adalah perancangan kita tetapi perbincangan mendalam akan dilakukan esok dalam mesyuarat bersama KPM,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.