fbpx
Now Reading
Saintis Temui Virus Baharu Mirip Selesema Babi, Berpotensi Menjadi Pandemik

Saintis Temui Virus Baharu Mirip Selesema Babi, Berpotensi Menjadi Pandemik

Disaat penduduk dunia masih lagi berperang dengan virus Covid-19 yang sudah mengorbankan lebih setengah juta manusia secara total, dunia sekali lagi dikejutkan dengan penemuan satu lagi virus baru.

Virus yang dikesan oleh sekumpulan saintis di China susulan dua rakyat mereka yang dijangkitinya difahamkan berpotensi besar menjadi pandemik.

Mirip selesema babi H1N1

Memetik laporan Astro Awani, virus tersebut yang diberi nama G4 EA H1N1 ini dikatakan mirip selesema babi H1N1 yang pernah menyerang dunia padu 11 tahun lalu.

Lebih membimbangkan apabila kejadian mendapati manusia tidak mempunyai kekebalan terhadapnya. Selain itu vaksin influenza tersedia ada juga tidak merangkumi virus G4 EA H1N1 ini

Foto : Breaking 911.com

“Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak.

Kedua pesakit ada jiran yang memelihara babi

“Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.

“Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut,” tulis pada laporan artikel itu.

Ujian yang dilakukan saintis terdapat 338 pekerja di ladang berkenaan mendapati 10.4 % (35orang) dari mereka bagaimanapun mempunyai antibodi untuk virus tersebut.

See Also

“Jangkitan seperti ini meningkatkan kemungkinan adaptasi virus itu dalam kalangan manusia, dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya pandemik,” kata para saintis.

Meskipun para penyelidik belum dapat mengenal pasti sejauh mana ia boleh merebak seperti virus SARS-CoV-2 yang menjadi penyebab utama COVID-19, para penyelidik bagaimapun mengingatkan orang ramai bahawa ianya perli diperi perhatian.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.